Sufyan Atsauri berkata Sepuluh macam kekejaman ialah :
1) Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukminin.
2) Seorang yang pandai membaca Quran, tetapi setiap hari tidak membaca 100 ayat.
3) Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat 2 rakaat.
4) Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5) Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemaah.
6) Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7) Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masin tidak menanyakan nama kawannya itu.
8) Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9) Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10) Seorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
-Petikan daripada 'Engkau Memang Cantik' karya Burhan Sodiq-
No comments:
Post a Comment